Kalimilk atau nama penuhnya Kaliurang Milk. Menu utama, sudah semestinya susu lembu. Anda bukan penggemar susu? Jangan risau, saya juga bukan penggemar susu. Akan tetapi, sekiranya anda mencuba salah satu daripada aneka susu yang tersedia, pasti anda tidak percaya yang anda minum itu adalah susu.
Terdapat pelbagai jenis perisa. Secara peribadi, saya telah cuba kalimilk mocha, kalimilk chocolate, kalimilk hazelnut, kalimik mango dan kalimilk cookies. Dan saya menyukai kesemuannya. Boleh dinikmati dalam versi panas atau sejuk (saiz medium atau gajah - (seperti yang tertera pada menu sebenar). Disyorkan kalimilk sejuk.
Kalimilk chocolate & Kalimilk cookies
Selain daripada susu, Kalimilk juga menyediakan hidangan-hidangan ringan seperti roti goreng, roti panggang, sandwich, fettucini dan omelette. Jika anda inginkan hidangan yang lebih berat, Kalimilk juga ada menyediakan beberapa hidangan nasi. Saya belum lagi mencuba hidangan berat, hanya sekadar beberapa hidangan ringannya sahaja. Antara yang telah pun saya cuba - french fries, sandwich, roti panggang (coklat-keju), roti goreng (coklat-pisang) dan risoles. Paling saya gemari, roti goreng (coklat-pisang) ;)
Roti goreng (keju - coklat)
Roti panggang coklat
Kalimilk memiliki 2 cawangan, berdasarkan yang saya tahu - 1 di Jalan Monjali dan 1 di Jakal (Jalan Kaliurang). Kalimilk di Jl. Monjali berkonsepkan ruang terbuka. Struktur binaan daripada batu, kayu dan buluh, menjadikan suasana yang santai untuk anda menghabiskan masa bersama rakan. Cawangan di Jakal mula beroperasi sekitar bulan Oktober 2012. Struktur kedainya lebih moden, terdapat ruangan berhawa dingin dan ruangan terbuka di tingkat atas. Terdapat ruangan 'photo booth' untuk anda mengabadikan kenangan di Kalimilk bersama-sama rakan (terdapat di kedua-dua cawangan).
Jl. Lempongsari Raya Monjali Ngaglik, Yogyakarta
Tel: (0274) 888999
Tel: (0274) 888999
Kredit beberapa foto - Google images
Roti goreng beef sausage
Sandwich
Kerusi keyboard yang comel
Photobooth
No comments:
Post a Comment