Thursday 27 December 2012

Yogyakarta | Takoyaki . Okonomiyaki

Ayuh kita cuba salah satu hidangan di FoodFezt!

SAGA - salah satu gerai di FoodFezt dengan pengkhususan makanan Jepang. (FoodFezt?? Klik untuk baca entri mengenai FoodFezt)


Takoyaki



Menarik bukan? :) Bagi penggemar takoyaki, anda harus cuba tako di FoodFezt. Saya telah cuba takoyaki cumi (cumi = sotong). Sedap, cuma wasabi yang disediakan....hurm...mengecewakan. Tidak pedas walaupun sudah 1 sudu teh diambil. Saya lebih sukakan wasabi di Sushi King di Malaysia. Saya bukanlah penggemar wasabi. Saya sendiri pun tak mampu menahan kepedasannya, cuma I really enjoy the moment! >.<

 Okonomiyaki

Saya masih ingat lagi, kali pertama saya cuba okonomiyaki, saya ambil sedikit daripada hidangan adik saya (dibeli dari Aeon Jusco Malaysia). Dan, saya tidak sukakannya. Kali kedua, saya cuba di FoodFezt - kerana tertarik dengan foto hidangan di menu, dan tidak disangka-sangka, saya sukakannya. Saya sudah 3 kali (dalam masa 2 bulan ^^) memesan okonomiyaki (topping - cumi) di FoodFezt. Kepada anda yang tidak pernah cuba okonomiyaki, okonomiyaki ini Pizza versi Jepang dan anda boleh pilih topping yang anda suka - daging, sotong atau udang (penjelasan berdasarkan menu FoodFezt).


No comments:

Post a Comment