Thursday 10 January 2013

Yogyakarta | Chocobanana waffle

Pancake's Company, sebuah kedai kecil di Jogja yang menawarkan pancake, pasta dan poffertjess sebagai menu utama. Turut terdapat menu-menu sampingan seperti roti bakar, waffle, pisang bakar dan french fries.

Diperkenalkan oleh rakan, saya mencuba waffle chocobanana cheese. Tetapi, saya minta tanpa keju (mood diet >.<). Rasanya: sedap. Harga berpatutan, 12ribu rupiah sahaja. 

Chocobanana (without cheese) waffle

Selain daripada menunya, konsep vintage yang dibawa sangat menarik perhatian pengunjung seperti saya ini. Suasananya santai, hiasannya yang unik, disamping latar belakang musik yang sedap didengar. Jenis tempat santapan yang berbeza-beza tetapi masih selesa dan menarik. Bonus: pekerjanya sangat 'happening'. Ada kalanya, anda dapat lihat gelagat mereka bernyanyi bersama lagu yang diputarkan.

Pancake's Company
Jl. Prof. Dr. Yohanes No. 1060 Sagan Yogyakarta
(Berdekatan dengan Galleria Mall)
Tel: +62 878 3913 3000







No comments:

Post a Comment