Tuesday 25 December 2012

Yogyakarta | RUMAH POHON MAS DEWO

Blunyahrejo TRII/808 Yogyakarta
Tel/Fax 0274-518046



Rumah makan yang dibina daripada buluh. Menarik bukan? Di setiap tingkat, tersedia meja-meja santapan tanpa kerusi. Selain daripada menikmati hidangan di situ, tersedia juga 'Gardu Pandang' di tingkat paling atas, dimana anda akan berpeluang untuk menjamu mata melihat permandangan kota Jogja dan sekitarnya. Jika cuaca cerah, Merapi juga dapat anda lihat dari Gardu Pandang ini.



Ketika lawatan saya ke rumah pohon ini, pekerjanya mencadangkan Nasi Guendheng. Nasi yang dihidangkan bersama lauk (sotong, ayam, daging, udang, brokoli, kobis bunga) dan sayuran segar (tomato, ulam dan timun). Pada pendapat saya, hidangan ini baik-baik sahaja. 


Sedap, tapi seperti kekurangan sesuatu. Tidak pedas. Hidangan ini tidak berkuah, jadi nasinya agak kering jika tidak ditambah hidangan sampingan seperti sup. Lauknya juga tidaklah semeriah seperti yang dijangkakan. Anda cuma akan dapat sepotong sotong, 2 udang size sederhana, lebih banyak kobis dan brokoli. Sekiranya saya berkunjung ke sini lagi, saya akan mencuba hidangan yang lain dan berkemungkinan untuk tidak mengesyorkan hidangan ini kepada rakan.


Nasi Guendheng

Rakan saya mencuba 'Tongseng Kambing', seakan-akan sup kambing. Supnya lazat, terasa sedikit pedas tapi tidak keterlaluan. 

Tongseng

Antara yang menarik di menu Rumah Pohon, terdapat aneka jus kesihatan. Saya telah cuba Jus P-JK (untuk jantung dan kolestrol). Sedap, pekat dengan serat. Dapat rasakan belimbing, epel, dan mungkin lobak kerana warnanya?

Es Jeruk & Jus P-JK
















No comments:

Post a Comment